NILAI KEMANUSIAAN

Ke Mana Hilangnya Kasih dan Sayang.

Suatu persoalan yang wajib dijawab atau sekurang-kurangnya difikirkan oleh semua orang.
Saban hari kita baca di dada akhbar tentang perkara yang berlaku dalam masyarakat kita
  • anak memukul ayah atau ibu
  • anak mencuri barangan atau wang ayah dan ibu
  • mencuri dan memukul jiran
  • pelajar memukul guru
  • anak menyaman ayah
  • ayah menyaman anak
  • merosakan harta benda awam
  • pelajar membakar sekolah
  • membuang bayi di tong sampah,tepi jalan

Adakah kerana kita semakin maju,maka semakin hilang nilai kasih sayang di dalam jiwa kita?Adakah kemajuan yang kita kecapi selama ini wajar di jadikan alasan untuk tidak memperdulikan orang di sekeliling kita?

TIDAK. Hilangnya atau nipisnya kasih sayang dalam jiwa kita dalah disebabkan kita kurang melahirkan kasih sayang terhadap diri sendiri,keluarga, apatah lagi kepada sesama manusia.

Read Users' Comments (0)